Wednesday, January 22, 2014

Fatimah Sri Mersing Homestay



Fatimah Sri Mersing Homestay is short term house rental with walkable distance to the beach. Enjoy the breeze in calm and peaceful at our place called home. We are please to serve you as our guests.

Fatimah Sri Mersing Homestay merupakan rumah sewa jangka masa pendek yang berdekatan dengan laut. Nikmati suasana kampung yang nyaman di sini. Rancang percutian,lebih jimat, lebih tenang :-)




Kami menyediakan perkhidmatan penginapan sementara bagi mereka yang ingin bermalam di Mersing samada bagi tujuan:
  • Melancong ke destinasi terpilih
  • Memancing di perairan Kepulauan Mersing
  • Sebagai " transit" bagi sesiapa yang ingin ke pulau berdekatan
  • Menjalankan urusan rasmi/kerja di Mersing
  • Sebagai rumah singgahan untuk majlis perkahwinan dsb.

Alamat


Fatimah Sri Mersing Homestay
Lot 999 Jalan Rantau
Kg Makam, Mersing Johor
(Sempadan Papan Tanda Kg Tanjung Genting)

  • 3 minit ke Pantai Kg Makam  (350 meter)
  • 8 minit ke Bandar Mersing (3.5 km)
  • 10 minit ke Pantai Air Papan (3 km)

Kemudahan yang disediakan


Homestay yang kami sediakan mempunyai kemudahan yang lengkap untuk keluarga yang datang untuk menginap disini. Antaranya ialah :

  • 4 bilik tidur (2 bilik aircond (dilengkapi kipas) dan 2 bilik dengan kemudahan kipas)
  • Ruang Tamu Aircond
  • Sejadah dan arah kiblat
  • Bantal dan selimut
  • 2 bilik mandi dilengkapi water heater
  • 2 tandas
  • Ruang dapur dilengkapi dengan alatan memasak
  • Peti ais
  • Mesin basuh automatik
  • 2 set meja makan
  • 2 set sofa (ruang tamu yang agak luas) - sesuai untuk persinggahan bakal pengantin
  • TV 32" LCD serta Astro NJOI
  • Seterika dan "iron board"
  • 1 set grill barbeku
  • Sebuah pondok wakaf untuk barbeku
  • Rumah berpagar dan boleh memuatkan 4 buah kereta






Halaman Rumah


Ruang Tamu



Halaman rumah yang berpagar



Bilik 1 Double Bed & Single Bed ( Aircond )



Bilik 2 Single Bed & Double Decker ( Aircond )




Bilik 3 Double Bed ( Fan)


Bilik 4 - 2 Single Bed ( Fan )


Ruang Tamu 1


Ruang Tamu Yang Luas dan selesa


Ruang Tamu


Anjung Rumah


BBQ Grill



Ruang Santai BBQ




2 Bilik Mandi 


Tandas Cangkung


Tandas Duduk 












Kadar Sewa


Harga sewa yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan kemudahan yang diberikan, suasana yang nyaman dan juga berdekatan dengan pusat peranginan.

  • 1 Malam = RM 320.00
  • Deposit = RM 50.00

Sekiranya bersetuju untuk menyewa homestay ini, maka penyewa hendaklah menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM50.00 ke dalam akaun pihak pengurusan

Wang sewaan sebanyak RM320.00 (sekiranya satu malam) di bank in kan 3-1 hari sebelum check in

Wang  deposit hanya akan dikembalikan sekiranya pihak pengurusan mendapati rumah berada dalam keadaan terurus dan bersih.



TEMPAT MENARIK DI MERSING

Waktu Daftar Masuk dan Keluar


Daftar Masuk : 
  • jam 2 ptg

Daftar Keluar :
  • jam 12 tgh 

Pertanyaan dan Tempahan


Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menghubungi :

  • Puan Suzana (019-7157777)
  • Puan Suhada (019-7777243)

Bayaran boleh dibuat melalui akaun:

  • CIMB BANK BERHAD
  • No akaun: 7622470285
  • Suzana Bt Selamat

  • BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  • No akaun: 01014025211045
  • Suzana bt Selamat

Tempat-tempat menarik di Mersing


Daerah Mersing mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antara daya tarikan utamanya adalah pantai dan pulau-pulaunya yang cantik dan menyamankan.

Antaranya ialah:

  • Pantai Air Papan



Pantai Air Papan sangat cantik dan tenang untuk para pelancong. Suasana yang nyaman, pantai yang bersih dan jauh dari hiruk pikuk kota sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menginginkan suasana yang tenang bagi melepaskan stress dari tekanan kerja atau pun mencari ilham bagi sesiapa yang meminati bidang kesusasteraan. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:

  • Perkhemahan dan BBQ
             Aktiviti perkhemahan ataupun aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan sambil berbaque di tepi pantai.

  • Memancing
             Bagi kaki pancing, pantai ini adalah syurga bagi mereka kerana keadaan batu yang ada dipantai sesuai untuk dijadikan port memancing.

  • Aktiviti pantai
             Pelbagai acara sukaneka seperti bola tampar atau bola sepak boleh dilakukan di sini terutama kepada mereka yang mengadakan "family day" kerana keadaan pantai  yang landai. 


  • Pantai Penyabong
  • Pantai Teluk Buih (8 km dr homestay)
  • Pantai Teluk Gorek
  • Pantai Teluk Kesang
  • Pulau Tioman
  • Pulau Rawa
  • Pulau Besar
  • Pulau Pemanggil
  • Pulau Harimau
  • Pulau Aur