Wednesday, January 22, 2014

Tempat-tempat menarik di Mersing


Daerah Mersing mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antara daya tarikan utamanya adalah pantai dan pulau-pulaunya yang cantik dan menyamankan.

Antaranya ialah:

  • Pantai Air Papan



Pantai Air Papan sangat cantik dan tenang untuk para pelancong. Suasana yang nyaman, pantai yang bersih dan jauh dari hiruk pikuk kota sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menginginkan suasana yang tenang bagi melepaskan stress dari tekanan kerja atau pun mencari ilham bagi sesiapa yang meminati bidang kesusasteraan. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:

  • Perkhemahan dan BBQ
             Aktiviti perkhemahan ataupun aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan sambil berbaque di tepi pantai.

  • Memancing
             Bagi kaki pancing, pantai ini adalah syurga bagi mereka kerana keadaan batu yang ada dipantai sesuai untuk dijadikan port memancing.

  • Aktiviti pantai
             Pelbagai acara sukaneka seperti bola tampar atau bola sepak boleh dilakukan di sini terutama kepada mereka yang mengadakan "family day" kerana keadaan pantai  yang landai. 


  • Pantai Penyabong
  • Pantai Teluk Buih (8 km dr homestay)
  • Pantai Teluk Gorek
  • Pantai Teluk Kesang
  • Pulau Tioman
  • Pulau Rawa
  • Pulau Besar
  • Pulau Pemanggil
  • Pulau Harimau
  • Pulau Aur


No comments:

Post a Comment